PENGENALAN

1. Peraturan Guru dan Anggota Sokongan Sekolah bermula pada 1 Januari 2011
2.
Ini digubal selaras dengan kehendak Jabatan Pelajaran melalui Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dan disokong oleh semua Guru dan Staf Sokongan
3.
Selepas peraturan ini dikuatkuasakan, kakitangan  yang ingkar atau melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib
4.
Peraturan ini digubal untuk mencapai Misi dan Visi Sekolah  ke arah Budaya Cemerlang

 

 

1. TATASUSILA PERGURUAN

1.1  Setiap guru dikehendaki memahami Tatasusila Perguruan dan mematuhinya sebagai dasar utama guru ke arah kecemerlangan sekolah.

1.2  Setiap Guru dan ASS memahami dengan jelas tentang Misi, Visi serta Objektif sekolah.

1.3  Guru menjadikan Misi, Visi dan Objektif sekolah sebagai fokus utama semasa merancang aktiviti kecemerlangan

1.4  Setiap guru dan ASS menanam semangat kekitaan untuk mencurahkan bakti kerana Allah.

 

2. KEHADIRAN BERTUGAS

2.1  Guru dan ASS  mesti berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu bertugas.

2.2  Guru bertugas mingguan perlu datang lebih awal dan balik lewat sekurang-kurangnya 10 minit.

2.3  Guru-guru dan ASS mesti mengetip Kad Perakam Waktu sendiri semasa datang dan balik.

2.4  Kehadiran bertugas diperjelaskan melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981 yang bertarikh 12 September 1981. Mewajibkan hadir bertugas mengikut masa yang ditetapkan.

2.5  Adalah menjadi tanggungjawab Guru dan ASS mengamalkan ketepatan  masa  semasa bertugas.

2.6  Guru-guru perlu bersedia 5 minit diluar bilik darjah atau makmal sebelum  loceng pertukaran masa.

2.7  Ketepatan masa ini juga  bermakna seorang guru atau kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan tugas rasmi.

2.8  Guru dan ASS hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua sekiranya terpaksa keluar disebabkan masalah serius dan tidak dapat dielakkan.

2.9  Kakitangan yang mendapat kebenaran  keluar atas urusan rasmi dan tidak rasmi hendaklah mencatat masa keluar dan balik.

 

3. TUGAS GURU DI SEKOLAH

3.1  Guru perlu memahami tugas yang dipertanggungjawab oleh sekolah dan melaksanakan tugas-tugas itu dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

3.2  Setiap guru menyiapkan Sasaran Kerja Tahunan dengan lengkap dan kemas bagi melambangkan seorang guru professional.

 

4. KEPATUHAN KEPADA KETUA DAN TUGAS

4.1  Guru-guru dan ASS sekolah mesti sanggup menerima tugas tambahan apabila diarah oleh Pengetua selagi  tugas itu sesuai dan berpatutan.

4.2  Guru-guru dan ASS yang lewat ke sekolah dikehendaki berjumpa dengan Pengetua untuk memberikan penjelasan.

4.3  Sekiranya guru-guru dan ASS tidak dapat hadir bertugas kerana kecemasan ataupun jatuh sakit, mereka perlu menghubungi pihak pentadbiran sekolah dan mengemukakan sijil sakit yang sah oleh doktor atau mengisi  permohonan cuti rehat khas kepada pengetua pada hari berikutnya.

4.4  Semua guru dan ASS wajib hadir ke sekolah semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah. Sekiranya tidak dapat dielakkan, guru dan ASS dicadangkan memohon cuti khas.

4.5  Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan mengawasi segala bentuk kegiatan kokurikulum, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang masalah yang disebabkan ketiadaan penyeliaan dan pengawasan oleh guru sepanjang aktiviti dijalankan.

4.6  Sebarang kegagalan kakitangan dalam melaksanakan arahan yang diberi oleh pentadbir perlu memberikan penjelasan bersama surat tunjuk sebab.

 

5. TUGAS AKADEMIK GURU

5.1     Bagi meningkatkan taraf profesionalisme, guru hendaklah menunjukkan budaya kerja yang berkualiti.

5.2     Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara konsisten.

5.3     Menjalankan peperiksaan dalaman dan ujian bulanan seperti  dalam  takwim  sekolah.

5.4     Memberi latihan dan kerja rumah  yang berpatutan dalam kuantiti dan kualiti yang optimum.

5.5     Semua kerja pelajar mestilah diperiksa dengan teliti dengan kadar yang segera.

5.6     Pengetua, Penolong-Penolong Kanan dan Ketua Bidang  memeriksa buku latihan pelajar secara rawak untuk menentukan tugasan murid diperiksa oleh guru yang berkenaan.

5.7     Guru tidak dibenarkan memeriksa buku murid dalam kelas semasa P&P kecuali melakukan pembetulan kerja murid.

5.8     Semasa mengawasi peperiksaan dalaman, guru yang bertugas mengambil perhatian terhadap pelajar yang menipu untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan jawapan pelajar.

5.9     Guru yang keluar sekolah atas urusan rasmi, hendaklah menyediakan bahan P&P dan menyerahkan kepada GKMP. Guru  ganti hendaklah mengisi waktu dengan  P&P atau aktiviti yang berfaedah.

5.10   Guru matapelajaran hendaklah mengadakan pertemuan dengan pelajar yang menghadapi masalah akademik dan   

       merujuk kepada kaunselor sekolah jika perlu.

 

6. BUKU REKOD MENGAJAR

6.1     Penyediaan Rekod P&P mengikut surat pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999.

6.2     Melengkapkan Buku Rekod Mengajar mengikut format yang disediakan seperti mengandungi jadual waktu  persendirian, Profail Guru, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Semakan Latihan Pelajar, Headcount, Markah Keputusan Peperiksaan, Markah Ujian Bulanan, Senarai Buku Rujukan dan BukuTeks.

6.3     Buku Rekod Mengajar yang lengkap dengan RPH  untuk hari Isnin hendaklah dihantar ke pejabat pentadbiran pada setiap Jumaat untuk direkod, disemak dan ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan. Rekod Mengajar ini adalah hak milik sekolah dan diserahkan kepada sekolah apabila bercuti atau bertukar sekolah.

 

7. PERHUBUNGAN GURU DENGAN PELAJAR

7.1     Sebagai pendidik, guru hendaklah mempunyai hubungan yang mesra dengan pelajar secara terbatas dan bertindak membantu menyelesaikan masalah pelajar.

7.2     Setiap guru bertanggungjawab membentuk disiplin pelajar dan merujuk kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

7.3     Pelajar dilarang  menulis dan atau membuat kenyataan dalam media massa tanpa merujuk kepada pihak sekolah.

7.4     Semua guru dikehendaki memahami dan menghayati surat pekeliling tentang kelakuan dan disiplin.

7.5     Guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai supaya dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.

7.6     Guru yang mendapati pelajar sakit atau ditimpa kemalangan perlu dirujuk kepada guru/warden bertugas dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan dengan segera.

 

8. PAKAIAN

8.1     Guru hendaklah sentiasa kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas. Antara pakaian yang TIDAK dibenarkan ialah:-

8.1.1    Baju Tanpa Kolar kecuali Baju Kebangsaan

8.1.2    Baju Batik  kecuali pada  hari Khamis ( Ruj Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2008 )

8.1.3    Pakaian Kasual

8.1.4    Kasut Kasual

8.1.5    Pakaian Jeans

8.1.6    Pakaian yang mendedahkan aurat ( kakitangan muslim )

8.1.7    Pakaian yang tidak sopan

8.2     Guru-guru yang mengajar PJK  dibenarkan memakai pakaian sukan (seluar ’Track` yang penuh dan baju T-Shirt berkolar sahaja) jika melebihi 4 masa dalam sehari.

 

9. POTONGAN RAMBUT

9.1     Potongan rambut guru lelaki mestilah pendek, kemas dan tidak berfesyen / tidak diwarnakan.

9.2     Rambut guru wanita mestilah kemas dan terurus.

 

10.  MEROKOK

Sekolah  adalah kawasan larangan merokok.

 

11.  PELAWAT

11.1   Pelawat atau  jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar atau  guru di dalam kelas dan makmal semasa pembelajaran sedang berjalan.

11.2   Pelawat atau jurujual perlu mendaftarkan diri di Pondok Pengawal sebelum memasuki kawasan sekolah.

11.3   Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru setelah mendapat kebenaran pengetua.

11.4   Perbincangan di antara guru atau pelajar dengan jurujual atau pelawat hanya boleh dibuat di dalam Bilik Guru sahaja.

 

12.  PAPAN KENYATAAN

12.1   Semua notis dari luar dan persatuan sekolah hendaklah mendapat kebenaran pengetua atau penolong kanan sebelum ditampalkan di papan kenyataan.

12.2   Notis tanpa kebenaran adalah melanggar peraturan sekolah dan pihak sekolah boleh menanggalkan notis tersebut dengan segera.

12.3   Kenyataan hendaklah ditampal diruang yang telah ditetapkan.

 

13.  KENYATAAN AKHBAR

Guru adalah dilarang membuat sebarang bentuk kenyataan di media massa  tanpa kebenaran dari Pengetua.

 

14.  SURAT PEKELILING

14.1   Semua guru dan ASS  wajib membaca, memahami dan menghayati kandungan surat pekeliling yang berkaitan dengan profesion masing-masing.

14.2   Tandatangan perlu diturunkan dalam lampiran yang disertakan sebagai bukti anda telah membaca, meneliti dan memahami isi kandungan pekeliling tersebut.

 

15.  LAPORAN MENGHADIRI KURSUS, MESYUARAT DAN TAKLIMAT

15.1   Semua Guru dan ASS wajib menyediakan laporan kursus, bengkel, mesyuarat dan taklimat sekembalinya ke sekolah.

15.2   Laporan perlu  diserahkan kepada pengetua dalam tempoh  seminggu selepas menghadiri kursus.

15.3   Kursus dalaman diadakan jika perlu.

16.  SURAT RASMI

Semua  surat rasmi yang dikirim dari sekolah sama ada dari guru atau  persatuan, mesti menggunakan ’letterhead’        

      sekolah dan ditandatangani oleh pengetua.

 

17.  LAWATAN

17.1   Semua lawatan yang dilakukan oleh persatuan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan Jabatan Pelajaran Negeri.

17.2   Borang lawatan rasmi hendaklah dikirim sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh lawatan atau satu bulan dengan serahan tangan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapat kelulusan.

17.3   Borang lawatan ke luar negeri hendaklah diisi dalam 7 salinan dan dalam negeri 5 salinan.

17.4   Lawatan tidak  boleh dibuat sebelum mendapat kelulusan secara bertulis Jabatan Pelajaran Negeri.

 

18.  PENCERAMAH JEMPUTAN

Jemputan penceramah dari luar perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua.

 

19.  KUTIPAN WANG

19.1   Guru penasihat yang dilantik mengawal perjalanan persatuan atau kelab perlu mengawasi penggunaan wang.

19.2   Kelab/persatuan dikehendaki membuka akaun  sekiranya wang kutipan melebihi RM500

 

20.  PERALATAN SEKOLAH

20.1   Telefon dan faks

20.1.1    Kemudahan telefon dan faks hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja.

20.1.2    Semua urusan penggunaan telefon dan faks mesti mendapat kelulusan pengetua.

20.1.3    Penggunaan perlu dicatatkan ke dalam buku rekod yang disediakan.

20.2    Komputer dalam pejabat dan potocopy

20.2.1    Komputer dan potocopy pejabat hanya untuk tujuan perkeraniaan sahaja

20.2.2    Guru-guru dan pelajar tidak dibenarkan menggunakannya, tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.

20.3   Mesin cetak sekolah

20.3.1    Penggunaan mesin cetak hendaklah dengan kebenaran pengetua, PK dan Ketua Bidang.

 

  1. 21    FAIL

Semua fail di pejabat adalah  sulit. Guru-guru dan ASS  yang tidak berkenaan tidak dibenarkan menyentuh dan     

        membacanya kecuali mendapat kebenaran Pengetua.

 

    

PENUTUP

Adalah diharapkan peraturan tetap ini Guru dan Anggota Sokongan Sekolah dapat menggunakannya sebagai panduan dalam menjalankan tugas, untuk merealisasikan Misi dan Visi sekolah khasnya dan Jabatan Pelajaran amnya.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 06 Januari 2011 16:11)

 
escort ankara eskort ankara barcelo escort bayan travestiler escort ankara bayan escort istanbul escort escort bayan